Announcement:

SELAMAT DATANG KE BLOG KEMBARA ANAK TIMUR

Tuesday 29 October 2013

Awas!! Majun Dua Istimewa beracun

Kementerian Kesihatan menasihati pengguna agar tidak membeli dan mengguna produk tradisional tidak berdaftar dikenali 'Majun Dua Istimewa' yang didapati mengandungi racun berbahaya.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Datuk Eisah Abdul Rahman, berkata ujian mendapati peroduk itu mengandungi 'dexamethasone' yang antara lain boleh mengakibatkan penyakit berkaitan hati serta kegagalan fungsi buah pinggang akut jika diambil tanpa pengawasan doktor.



"Seorang pesakit meninggal dunia akibat komplikasi penyakit kencing manis yang tidak terkawal apabila mengambil produk itu selama dua bulan sebagai ubat tahan sakit.

"Kesan lain termasuk peningkatan berat badan, 'Cushing Syndrome', kesan alergi, peningkatan kadar kolesterol, sakit kepala, sakit perut, tulang rapuh, sesak nafas, jangkitan kuman dan gangguan perjalanan darah.

Bahan antiradang
"Dexemethasone yang dikawal mengikut Akta Racun 1952 adalah sejenis kortikosteroid dengan fungsi antiradang dan biasa digunakan dalam rawatan alergi hanya boleh dibekal dengan preskripsi doktor," katanya dalam kenyataan semalam.

Eisah berkata, produk terbabit masih berada dalam pasaran walaupun Bahagian Penguatkuasaan Farmasi sudah membuat serbuan dan merampas 401 botol produk bernilai RM146,779 setakat Jun lalu.

Sehubungan itu, beliau  mengingatkan peniaga agar menghentikan penjualan, pengedaran dan penggunaan produk terbabit kerana melanggar Akta Jualan Dadah 1952 serta Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

"Individu yang didapati bersalah mengikut peraturan itu boleh didenda sehingga RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

Denda dan penjara
"Bagi syarikat yang melakukan kesalahan itu, mereka boleh didenda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," katanya.

Orang ramai diminta menyalurkan maklumat berkaitan produk itu kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM (BPFK) menerusi telefon 03-78413200 atau Cawangan Penguatkuasaan Farmasi berdekatan atau e-mail pharmacy1@moh.gov.my agar tindakan sewajarnya.

Status pendaftaran sesuatu produk juga boleh disemak menerusi telefon 03-78835400 atau layari laman sesawang www.bpfk.gov.my. - BERNAMA

Sumber : Berita Harian (Keluaran 29 Oktober 2013)
Share it Please

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 KEMBARA ANAK TIMUR. Designed by Templateism | Love for The Globe Press