Dalam Kemalangan jam 7.25 malam itu, Rusli, 55, bersama pemandunya, Mohamad Zuki Ngah, 44, yang menaiki Mitsubishi Pajero Sport, merempuh bahagian belakang sebuah treler rosak yang berhenti di tengah jalan di laluan itu.
Mangsa yang berasal dari Pasir Panjang, Terengganu, putus tangan kiri serta cedera parah di kepala, dikejarkan ke Hospital Dungun, sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil.
Ketua Polis Daerah Dungun, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub, berkata selepas merempuh belakang treler, pacuan empat roda itu berpusing dan terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum dirempuh Honda City dari arah bertentangan.
"Pemandu Honda City, Hamdan Abdul Hamid, 62, dari Gurun, Kedah, dalam perjalanan menghantar anaknya, Nor Syahazrina, 26, yang juga jurutera PETRONAS menghadiri seminar di Hotel Awana Kijal, Kemaman, terselamat.
"Pemandu treler terbabit, Che Mohd Ramli Mohamad, 62, dari Gua Muasang, dalam perjalanan pulang ke Gua Musang selepas menghantar bijih besi ke Pelabuhan Kuantan, terselamat," katanya.
Ahmad Zailani berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, rakan setugas arwah, Md Abdul Rahman Embong, 45, berkata sebelum kejadian mereka menyertai konvoi 20 kenderaan bersama Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Mohd Shafiq Abdullah, yang melakukan lawatan ke tapak pembinaan LPT dari Kuala Terengganu ke Cheneh, Kemaman.
"Selepas selesai melawat projek pembinaan terakhir Fasa 1C di Cheneh, Kemaman, masing-masing bertolak pulang ke Kuala Terengganu. Saya bersama arwah serta beberapa rakan lain bertolak agak lewat kerana arwah mahu bersolat Maghrib terlebih dahulu.
"Kami berlima menunaikan solat di pejabat tapak di situ dengan diimamkan arwah. Selesai solat, saya menaiki kereta lain untuk pulang, manakala arwah bersama pemandunya mengekori di belakang," katanya.
Sumber : Berita Harian (29 Oktober 2013)
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.
0 comments:
Post a Comment