Announcement:

SELAMAT DATANG KE BLOG KEMBARA ANAK TIMUR

Monday, 28 October 2013

Fizo Nikah 10 November

Selepas enam bulan bercinta, pelakon, Fizo Omar, dan pasangannya, Mawar Abdul Karim, memilih tarikh pernikahan mereka.

Menurut Fizo, bagi mengikut adat dan atas nasihat keluarga masing-masing, sehari sebelum acara ijab dan kabul berlangsung, kedua-duanya terlebih dahulu akan ditunangkan.



"Kalau ikutkan, memang kami tidak mahu bertunang. Selepas berbincang, akhirnya pada 9 November, bagi tempoh 24 jam sebelum akad nikah.

"Tiada apa-apa yang istimewa mengenai pemilihan tarikh terbabit. Cuma, kami rasa itulah tarikh yang sangat sesuai selepas mendapat persetujuan keluarga masing-masing.

"Kedua-dua majlis akan diadakan dalam suasana sederhana di kediaman keluarga Mawar di Kajang. Majlis itu juga akan disiarkan secara langsung menerusi program Nasi Lemak Kopi O," kata Fizo pada sidang media khas mengumumkan tarikh pertunangan dan pernikahan mereka di Mutiara Damansara, semalam.

Hadir sama, bakal isteri Fizo, Mawar, dan anggota keluarga kedua-dua pasangan berkenaan.

Bagi majlis resepsi, menurut Fizo, ia akan dilangsungkan di tiga lokasi berasingan iaitu Kuala Lumpur, Kelantan dan Pulau Pinang.

"Majlis pertunangan dan pernikahan akan dibuat secara tertutup, dengan kehadiran keluarga dan rakan terdekat. Insya-Allah, pada majlis resepsi yang akan diadakan pada Disember depan, semua rakan akan diundang," katanya.

Serasi Bersama
Tempoh perkenalan singkat bukan ukuran untuk Mawar jatuh cinta dan membuat keputusan mendirikan rumah tangga. Bagi gadis 24 tahun ini, apa yang lebih penting ialah restu keluarga dan jejaka pilihannya menepati kriteria diinginkan.

"Kesungguhan untuk mendekati saya walaupun diuji perlbagai perkara, dan sikap bertanggungjawabnya, iaitu menjaga ibu dan adiknya, membuatkan saya teripikat. Selain itu kami memang serasi bersama," jelas Mawar.

Sementara itu, Fizo mengaku, ketegasan dan sikap profesionalisme Mawar membuatkan dia nekad menjadikan pegurus pemasaran itu sebagai isterinya.

"Saya suka melihat cara dia menguruskan perniagaan tudung, begitu juga cara dia mengendalikan kakitangannya. Dia sangat tegas.

"Sebagai usahawan, saya memang memerlukan seseorang sepertinya untuk membantu saya mengendalikan perniagaan saya," kata Fizo.

Sebelum mengumumkan tarikh pernikahan mereka, Fizo terlebih dulu membuat kejutan apabila melamar Mawar di hadapan tetamu dan media di dalam pawagam.

sumber : Berita Harian (keluaran 29 Oktober 2013)
Share it Please

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 KEMBARA ANAK TIMUR. Designed by Templateism | Love for The Globe Press